Cara Terbaik Pilih Medical Card Untuk Famili

 

  • Baca polisi

Sebelum tentukan satu medical card tu bagus atau tak, korang wajib baca polisi yg dah ditetapkan pihak takaful.

Gunakan masa yg ada dengan fahamkan seluruh polisi dan tengok sesuai dengan korang/family atau tak, ok?.

Selalunya, masa selama 15 hari ditetapkan sebelum takaful dikuatkuasa (menerima).

 

  • Terma Dan Syarat

Setiap dokumen yg diterima mesti ada terkandung terma dan syarat. Terma dan syarat ni mesti difahami betul-2 sebelum perjanjian diterima.

Haaa… jangan sesekali terima perjanjian dan membuat pembayaran sebelum benar2 faham terma dan syarat sesuatu takaful.

Kalau korang buat jugak, korang terimalah akibat kerugian dalam pembayaran dan jugak terlepas faedah2 yang korang inginkan.

 

  • Faedah

Pastikan korang ambil tahu supaya faedah asas dilindungi semasa berlaku kecemasan.

Korang juga perlu tahu faedah mengambil medical card. Contoh bagi kat korang, untuk melindungi asset…korang kena ambil pelan insurans am takaful.

Pelan insurans takaful hayat/keluarga pulak untuk faedah kesihatan, kematian atau kecacatan.

 

  • Jumlah Bayaran Bulanan/Tahunan

Korang ada hak tentukan bayaran secara bulanan atau tahunan, murah atau mahal. Senang kata, korang bebas tentukan medical card terbaik untuk korang dan family korang.

Umur, faedah yang dilindungi, jumlah perlindungan dan status kesihatan sudah tentu bagi kesan kepada jumlah bayaran.

Korang boleh nampak pentingnya kenalpasti keperluan diri dan sepadan dengan bajet korang. Janji, jangan sampai membebankan diri.

 

  • Perbandigan

Dalam banyak2 medical card yg korang rancang nak ambil tu, pastikan jugak buat perbandingan mana satu medical card yg terbaik untuk korang.

Dalam buat perbandingan tu… jangan terburu2 tau sbb setiap medical card ada faedah yang berbeza2

Kerja korang cuma pilih satu yg terbaik, ambil kira faedah yang menguntungkan korang dan family korang.

 

  • Keperluan

Haaa… korang ambil medical card mesti ada jumlah perlindungan yg beza2.

Persatuan Insurans Hayat Malaysia kata jumlah perlindungan yg disarankan untuk setiap orang 10 kali ganda daripada pendapatan tahunan dorang.

Jumlah 10 kali ganda tu yg tampung pampasan korang terima nanti.

 

  • Tanya Ejen Takaful

Dalam kes ni, korang kena pandai cari ejen yg betul2 sah dan dipercayai supaya nampak jelas faedah yg di bagi.

Jgn pilih ejen yang sekejap ada, sekejap takde. Nampak sangat ejen tu cuma ambik kesempatan dengan muncul ketika korang nak ambil medical card je, bila nak nasihat hilang tak muncul2.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *