15 Tips Pilih Medical Card Terbaik Dan Murah 2020

1. PROSES TUNTUTAN MUDAH – kalau nak ikutkan, proses tuntutan setiap medical card ada beberapa proses. Agen insurans bertanggungjawab dalam proses tuntutan.

 Tahu tak?… buat tuntutan MUDAH apabila semua prosedur dan syarat dipatuhi korang.

Lepastu, pihak insurans akan berusaha untuk bagi segala tuntutan yg dipohon dengan secepat mungkin.

 

2. MANFAAT – kena ingat tau, manfaat tu korang dengan sefamili dapat tau. Jadi… kena pandai pilih medical card yg banyak bagi manfaat untuk korang sefamili.

Manfaat setiap medical card adalah berbeza2. Semakin tinggi, semakin banyak manfaat korang dapat. Tapi ada juga medical card yg menyediakan kos bajet tetapi bagi banyak manfaat.

 

3. BAYARAN BERPATUTAN

Pihak insurans pun tahu, tak semua orang boleh bayar yuran medical card yg mahal dan tinggi. Ada yg datang dengan latarbelakang famili yang serba kekurangan.

Untuk membolehkan semua famili boleh ambil medical card, pihak insurans kenakan bayaran yg berpatutan dan kena dengan pelan yg korang ambik

 

4. KEPERLUAN – kat sini bermaksud medical card bukan tanda kemewahan, tetapi satu keperluan.

Korang sedar tak?.. kemalangan diri yg tak dijangka,  musibah2 yg terjadi memerlukan korang untuk sediakan satu jawapan yg bijak.

 

5.TAKDE HAD – apa yg menarik bila saya sebut takde had, maksudnya takde had;

  • limit tahunan
  • limit seumur hidup
  • limit hari: bilik wad
  • limit hari: ICU
  • limit Rawatan Untuk Penyakit Yg Lain…

benda ni semua bergantung kepada jenis medical card yg diambil.

 

6. PENINGKATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN – medical card terbaik bagi korang boleh menaiktaraf perkhidmatan perubatan ketika kat hospital.

Contohnya, salah sorang family korang dimasukkan ke hospital di kelas wad yang berharga RM150 semalam, tapi dia nak pindah ke kelas wad yang berharga RM170 semalam kerana ada doktor pakar yg lebih berpengalaman.

 

7. BERFUNGSI DI HOSPITAL DALAM DAN LUAR NEGARA – Selain tu… korang kena tahu medical card terbaik dapat digunakan semasa korang sefamili ditimpa kemalangan dan dimasukkan ke hospital dalam atau luar negara.

Dengan kata lain… pastikan medical card yang korang sefamili guna ada fungsi di hospital dalam dan luar negara.

 

8. TAKDE KENAIKAN SETIAP TAHUN – Benda yg boleh membebankan pengguna medical card adalah berlaku kenaikan setiap tahun pembayaran medical card.

 Korang kena tahu tau, kenaikan setiap tahun bebankan pengguna medical card. Pada masa yg sama boleh menyebabkan pengguna lari ke jenis medical card yg baru, betul tak?.

 

9. SENARAI PILIHAN HOSPITAL UNTUK DIRAWAT – Setiap jenis medical card ada senaraikan nama2 hospital yang menyediakan rawatan dengan hanya guna medical card.

Hospital2 yang tersenarai juga dikenali hospital panel, iaitu hospital rujukan kalau korang sekeluarga mempunyai kes.

 

10. TAK BEBANKAN KORANG – disebabkan terdapat pelbagai jenis nama medical card yg terdapat di Malaysia, pilihlah medical card yang terbaik dan paling penting murah untuk jimatkan korang sefamili.

 

11. TAKDE PERUNTUKKAN – Takde peruntukkan kat sini maksudnya, kalau satu hari nanti salah sorang family di timpa penyakit, kehilangan upaya atau kematian tiada peruntukkan di hadkan.

… dengan kata lain, wang kos perubatan atau perkhidmatan yg korang terima nanti mampu menampung.

 

12. BANDINGKAN – bagi mendapatkan medical card terbaik untuk family, korang boleh senaraikan nama2 medical card yang ada.

Senaraikan kekuatan dan kelemahan yang ada pada setiap medical card. Periksa sekali pelan2 yang disediakan. Dari situ dah boleh nampak medical card yang terbaik untuk family korang.

 

13. TANYA EJEN INSURANS – Ejen insurans mainkan peranan sebagai orang pengantara untuk korang mendapatkan nasihat tentang medical card yg korang pilih.

Beliau jugak terangkan segala keraguan dan kemusykilan korang tentang urusan yang berkaitan medical card yang korang ambil.

Ejen insurans akan tanggungjawab untuk proses sepanjang tuntutan berjalan olek korang. Pastikan ejen insurans yang korang dapat mudah untuk diakses.

 

14. POLISI – hah… sebelum terima sesuatu insurans, korang kena pastikan dan baca betul2 polisi yang ditetapkan pihak insurans. Polisi adalah mudah difahami agar korang boleh tentukan untuk ambil medical card

 

15. TERMA DAN SYARAT – kalau korang perasan mana2 perjanjian mesti ada terma dan syarat. Terma dan syarat ni la korang kena baca dan faham betul2 sebelum setuju menerima insurans tersebut.

Ada banyak kes, dorang ramai abaikan untuk baca terma dan syarat ni sebab terlalu panjang. tapi, tak perasan dalam terma dan syarat tu penerangan penting tentang medical card yang korang ambil.

 

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *