Antara Soalan Ditanya Pada Ejen Insurans

  • Apa Yg Di Cover Dalam Plan Dicadangkan.

korang kena tanya tau, plan korang ambik tu cover penyakit apa je kalau korang ditakdirkan jatuh sakit sampai tak mampu untuk kerja. korang pun boleh check satu2 apa yg dicover dan tak dicover kat insurans.

Ejen selalu akan terangkan kat korang syarat2 dalam borang cuma detail tak detail je.

korang pun ada hak sebagai client untuk tahu benefit yang ditawarkan tau.

 

  • Plan Apa Yang Dicadangkan.

Pastikan korang ambik plan ikut dengan budget korang ada, (RM100,RM200,RM300) dan sebagainya, ikut kesesuaian korang.

Lepastu… Ejen takaful akan sediakan plan ikut budget korang ada.  kalau budget korang overspend, nanti dapat plan over dari budget korang. akibatnya rasa beban nak bayar.

Nak lagi senang, korang explain budget yg korang mampu kat ejen untuk dorang  cadang plan yg sesuai.

 

  • Usia Yg Sesuai Beli Insurans.

Takde umur yang sesuai untuk memiliki insurans selagi korang mampu dan ada tanggunggan.

Korang digalakkan untuk ada insurans waktu muda sebab bayaran lebih murah kalau kita masih muda.

Haaa… waktu paling sesuai masa sudah start kerja atau nak berkahwin.

 

  • ‘Waktu Menunggu’ Berapa Lama.

Korang kena tanya ejen berapa lama ‘waiting period‘. ‘Waiting period‘ adalah waktu korang kena tunggu sebelum boleh guna medical card.

Banyak kes yang jadi, client dah sign up… tetiba masuk hospital nak claim tak boleh sebab masih dalam ‘waiting period’.

Takde waiting period selalunya kemalangan sebab benda tu jadi tiba2 kat korang. Bagi penyakit lain, kena tanya ejen untuk pastikan betul2.

 

  • Kerja Biasa Je, Boleh Apply Takaful?.

Ada pekerjaan yg tak layak dapat perlindungan takaful. Ini boleh rujuk polisi korang tapi pastikan korang tanya ejen korang dulu.

Lagi satu, pekerjaan seperti ni tak dapat faedah kesihatan seperti dorang yg kerja di sektor kerajaan.

Dorang yg kerja macam ni, digalakkan ada takaful. Takut ada musibah, nanti dorang akan dapat manfaat daripada simpanan pelaburan takaful.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *