Salah Faham Takaful

Takaful Mahal.

Korang nak tahu, harga pelan Takaful boleh bergantung kepada faktor umur, pekerjaan, gaya hidup dll.

Boleh jadi jadi bulanan kita lebih tinggi daripada rakan.

Sebelum ambil pelan Takaful, boleh buat perbandingan dan pilih pelan2.

Orang Bujang Tak Perlu Ada Medical Card.

Orang bujang tak minat ambil takaful sebab tak ada tanggungan.

Tapi tahu tak korang? dengan Takaful dapat bantu ringankan beban famili untuk urus kos pengurusan jenazah kalau korang pergi tak diduga.

Tak Perlu Ambik Medical Card Kalau Sihat.

Korang tak dapat jangka apa yang bakal berlaku pada 10 tahun akan datang. Lebih baik ambil pelan Takaful kalau ada famili.

Sebab usia makin meningkat, risiko nak sakit makin tinggi. Nak ambil pelan sesuai dengan korang susah nanti.

Tak Perlu Ambik Medical Card Kalau Dah Sakit.

Tak bermakna kalau korang sakit tak boleh ambil pelan takaful langsung. Kalau korang minat nak ada takaful jugak, korang boleh cakap dengan ejen dan cerita pasal  masalah kesihatan korang.

Dorang boleh bagi nasihat dan cadang pelan takaful yg sesuai.

Rugi Bayar Kalau Tak Claim, Bayar Tiap Bulan.

Anggap je macam bayar insurans takaful kereta. Kita ada insurans/takaful kereta, even kita takkan accident & duit tu rugi macam tu je. Tapi kita takut kalau terjadinya accident, syarikat insurans takaful boleh tangung.

Sama macam korang sakit atau kemalangan, korang boleh bayar bil rawatan yg tinggi? kalau korang ada medical card, korang kena tunjuk medical card je kat hospital panel tanpa bayaran.

Ada Coverage Dari Majikan.

Korang yakin majikan akan tanggung keseluruhan kos? kalau korang penyara keluarga, pasti korang nak tinggalkan wang, betul kan?

Takaful akan bayar manfaat kematian untuk sara isteri dan anak bagi bayar hutang kalau ada.

Lagi Baik Labur Dalam Pelan Persaraan.

ramai sebenarnya lebih tumpu kumpul dana persaraan bila dah tua + sanggup kerja kuat dan labur dalam pelan persaraan.

Tapi apa pula akan terjadi, sekiranya kita ditimpa musibah yang tidak diingini? Dengan Takaful, dapat melindungi punca pendapatan kalau korang tak lagi upaya nak kerja.

Kad Perubatan Dah Cukup.

Pelan hibah dapat bantu tanggungan korang pada masa akan datang.

Adanya duit hibah bantu nak bayar kos persekolahan dan yuran pengajian anak korang nanti.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *