Hibah Tu Apa?

 

  • Hadiah untuk famili atau orang yg korang sayang dan dilakukan masa hidup.
Bahasa ·    pemberian dalam bentuk ain/manfaat.
Syarak ·    Suatu akad pemberian harta yg dibuat korang kepada sorang yg lain masa tempoh hidupnya tanpa dibalas (‘iwad).
  • Hibah adalah amalan sunat dan dalam Islam digalakkan
  • Benda ni ada sebut kat AlQuran dan Sunnah nabi.

Rukun Dan Syarak Dalam Hibah.

  • Al-Wahib – Pemberi hibah

Mesti sempurna akal, baligh dan rusyd dan ada kuasa penuh atas hartanya.

  • Al-Mawhub Lahu – Penerima hibah

Mesti ada upaya harta benda sama ada mukalaf/tak mukalaf.

Kalau orang tu tak mukalaf macam belum akil baligh/kurang upaya, so hibah boleh bagi kat wali.

  • Al-Mawhub – Harta yg dihibahkan

Harta yg halal, ada nilai kat sisi syarak, kat bawah pemilikan pemberi hibah, mampu serah kat penerima hibah dan ada masa harta tu dihibahkan.

  • Sighah – ijab dan Kabul

Lafaz/perbuatan dlm pemberian dan penerimaan hibah.

    Hukum Pembatalan Hibah

Mazhab Shafie dan Mazhab Hanbali Sebahagian Mazhab Maliki Boleh berlaku kalau ada ijab dan kabul jadi even tak ada penyerahan harta hibah.
Mazhab Hanafi Makruh dan dia boleh fasakhkan hibah tu walaupun ada penyerahan (qabd) kecuali hibah tu buat dengan balasan (‘iwad).
Imam Ahmad dan Mazhab Zahiri Tak boleh (haram) tarik balik hibah yg dibuat kecuali hibah bapa (ibu, datuk, nenek dan usul yg lain) kepada anak2nya
 
“Orang yg menarik balik hibahnya sama seperti anjing yg memakan balik muntahnya…” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Keistimewaan Pemberian Hibah.

·    tak terhad pada jumlah tertentu. Lain pula konsep wasiat, harta yg diwasiatkan tak boleh lebih sepertiga dari harta pusaka dan faraid ikut kadar2 tertentu yg diturunkan dalam alQuran.

·    Jumlah agih ambil kira kesesuaian dari segi kedudukan ekonomi dan keperluan waris2. Kebiasaannya keperluan sorang individu dengan individu yg lain adalah beza.

·    Kesimpulannya, konsep hibah boleh dianggap macam pelengkap kepada sistem pengagihan harta dalam Islam. Konsep hibah sesuai diamalkan oleh masyarakat terutama untuk agih harta kepada pihak2 yg tak mampu.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *